Laman Utama
 Pemerahan Otak




Penterjemahan:

'العربية / Al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
Català
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Filipino/Tagalog
Français
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / Hindī
Italiano
日本語 / Nihongo
Kiswahili
한국어 / Hangugeo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Português
Română
Русский
Српски / Srpski
తెలుగు /Telugu
Tiếng Việt

                                        

Laman lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

Isi Kandungan:

Isi Kandungan:

Isi Kandungan:

PEMERAHAN OTAK;
PROSES DAN PROSEDUR

oleh Phil Bartle, PhD

Diterjemahkan oleh Grace Tam


Garis Panduan Kaedah

Satu teknik latihan pengupayaan komuniti

Garis panduan ini akan membantu anda memimpin kumpulan untuk membuat keputusan secara konsensus. Teknik ini boleh digunakan di mesyuarat komuniti, dalam mesyuarat eksekutif organisasi berasaskan komuniti, di kalangan pengurus organisasi bukan kerajaan (NGO), di kementerian kerajaan atau di mesyuarat pengurusan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk antara lima hingga dua ratus orang peserta.

Untuk mengendalikan sesi, anda memerlukan kualiti kepimpinan yang baik dan perlu tegas dalam memastikan format dan peraturan sesi dipatuhi (contohnya tidak berlaku kritikan atau balas kata). Anda juga perlu memastikan keputusan yang dicapai adalah keputusan kumpulan dan bukannya ditentukan oleh anda. Anda memudah cara pembuatan keputusan berkumpulan yang kreatif.

Tujuan Pemerahan Otak:

Tujuan sesi pemerahan otak ialah untuk sesuatu kumpulan bekerja secara berkumpulan untuk mentakrifkan masalah dan menentukan pelan tindakan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini, melalui campur tangan penglibatan.

Keperluan:

  1. Satu masalah untuk diselesaikan;
  2. Satu kumpulan yang berpotensi untuk bekerja sebagai satu pasukan. Kumpulan ini boleh merupakan sekumpulan kecil pasukan pengurusan atau operasi yang terdiri daripada lima hingga sepuluh orang (contoh: jurulatih, pekerja lapangan, kesatuan sekerja), atau sehingga kumpulan besar seperti mesyuarat kampung untuk beberapa ratus orang.
  3. Papan catatan, kertas tulisan yang besar (contohnya kertas mahjong) yang mudah dilihat oleh semua, dan beberapa pen marker yang besar; serta
  4. Seorang fasilitator (anda). Tugasnya adalah untuk menggalakkan peserta mengemukakan pandangan dan bukannya mempengaruhi dengan pandangan sendiri, dan pada masa yang sama, menggunakan kemahiran kepimpinan untuk mengekalkan peraturan dan tujuan sesi ini.

Peraturan:

  • Fasilitator memimpin setiap sesi;
  • Fasilitator meminta pandangan daripada peserta;
  • Tidak dibenarkan mengkritik pandangan orang lain; dan
  • Semua cadangan direkodkan di papan catatan (termasuk yang tidak masuk akal).

Prosedur:

  1. Mentakrifkan masalah:
    • Meminta pandangan untuk menentukan masalah yang paling penting;
    • Tidak dibenarkan mengkritik pandangan orang lain;
    • Semua cadangan direkodkan di papan catatan;
    • Kumpulkan masalah yang sama atau berkaitan; dan kemudiannya
    • Susunkan masalah tersebut dan senaraikan mengikut keutamaan (yang paling penting di atas).
  2. Menjana Matlamat:
    • Terbalikkan definisi masalah (itu merupakan penyelesaiannya);
    • Penyelesaian kepada masalah yang didefinisikan itu ialah matlamat;
    • Takrifkan matlamat itu sebagai penyelesaian kepada masalah berkenaan;
    • Catatkan matlamat di papan catatan; dan
    • Ingatkan kumpulan bahawa matlamat itu ialah matlamat yang dipilih oleh mereka sendiri.
  3. Takrifkan Objektif:
    • Terangkan perbezaan antara matlamat dan objektif;
      Fasilitator perlu mengetahui ini: (Lihat SMART; objektif ialah sesuatu yang boleh diukur, terhad, dan mempunyai tarikh akhir).
    • Minta kumpulan mencadangkan objektif;
    • Catatkan semua objektif yang dicatatkan di papan catatan;
    • Tidak dibenarkan mengkritik pandangan orang lain;
    • Kumpulkan objektif yang sama atau berkaitan;
    • Susun semula objektif itu dan senaraikan mengikut keutamaan (yang paling penting di atas); dan
    • Ingatkan kumpulan bahawa objektif utama adalah dijana oleh mereka sendiri.
  4. Kenal pasti sumber dan halangan:
    • Minta kumpulan mencadangkan sumber dan halangan;
    • Catatkan semua sumber dan halangan yang dicadangkan di papan catatan;
    • Tidak dibenarkan mengkritik pandangan orang lain;
    • Kumpulkan sumber yang sama atau berkaitan.
    • Susun semula sumber itu dan senaraikan mengikut keutamaan (yang paling penting di atas).
    • Ingatkan kumpulan bahawa senarai itu dihasilkan oleh mereka sendiri dan bukannya anda;
    • Kumpulkan halangan yang sama atau berkaitan.
    • Susun semula halangan itu dan senaraikan mengikut keutamaan (yang paling penting di atas); dan
    • Ingatkan kumpulan bahawa susunan senarai ini adalah dihasilkan oleh mereka sendiri.
  5. Kenal pasti strategi:
    • Minta kumpulan mencadangkan strategi;
    • Catatkan semua strategi yang dicadangkan di papan catatan;
    • Tidak dibenarkan mengkritik pandangan orang lain;
    • Kumpulkan strategi yang sama atau berkaitan;
    • Susun semula strategi ini dan senaraikan mengikut keutamaan (yang paling penting di atas);
    • Ingatkan kumpulan bahawa senarai ini dihasilkan oleh mereka sendiri.
    • Pilih strategi yang berada di paling atas senarai itu.
  6. Buat kesimpulan keputusan kumpulan di papan catatan:
    • masalah;
    • matlamat;
    • objektif;
    • sumber;
    • halangan; dan
    • strategi;
    Maklumkan kumpulan bahawa mereka telah menghasilkan satu Pelan Tindakan. Sekiranya seseorang mencatatkan semua keputusan yang telah dicapai dalam kategori di atas, mereka akan mempunyai intipati satu dokumen perancangan yang standard. Beritahu mereka bahawa ini dihasilkan oleh mereka sebagai satu pasukan dan pelan itu adalah "milik" mereka.

Kesimpulan:

Ini adalah mudah. Tetapi tidak bermakna ini amat senang. Proses ini boleh diperbaiki melalui latihan. Anda boleh mempelbagaikan kaedah untuk fasa yang berlainan, dengan menggunakan main peranan, permainan berkumpulan dan teknik kerja kumpulan yang lain. Cuba cara yang berlainan.

Semoga berjaya!

––»«––

Keputusan dalam contoh ini adalah berasaskan empat soalan utama pengurusan. Digunakan bersama, jawapan kepada soalan-soalan ini membentuk intipati reka bentuk projek. Sebagai alternatif, satu sesi analisis SWOT mungkin berguna untuk kumpulan yang lebih besar.


Satu sesi Pemerahan Otak:


Sesi Pemerahan Otak

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 15.11.2011

 Laman Utama

 Pemerahan Otak