Laman Utama
 Jantina




Terjemahan:

'العربية / Al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
Català
中文 / Zhōngwén
English
Español
Filipino/Tagalog
Français
हिन्दी / hindī
Ελληνικά / Elliniká
Italiano
한국어 / Hangugeo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Português
Română
Српски / Srpski
Tiếng Việt
اردو / Urdu

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna


NOTA BERKAITAN DENGAN ISU "GENDER" (JANTINA) BAGI PESERTA

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemahkan oleh Tisna Tasya Tajudin


Nota bengkel

Topik berkaitan dengan jantina bagi mengaktifkan memori anda; bagi tujuan perbincangan

Jantina bukan fizikal:

Seks adalah fizikal; jantina adalah sosial.

Ciri-ciri biologi (saiz, bentuk, warna, rambut, kemaluan) disampaikan melalui gen yang merupakan sebahagian daripada pembiakan. Ciri-ciri sosial (perangai, kepercayaan, kelakuan, undang-undang, bahasa) disampaikan melalui simbol-simbol yang merupakan sebahagian daripada komunikasi dan pembelajaran.

Apa yang betul atau salah tentang kelelakian atau kewanitaan boleh dipelajari (atau tidak dipelajari)

Isu Ekonomi

Jika sesebuah kumpulan (organisasi, komuniti, masyarakat ) secara sistematik telah menyingkirkan lima puluh peratus daripada populasi daripada menyertai kegiatan ekonomi, akan menyebabkan lebih dari lima puluh peratus daripada potensi nilai sistem ekonomi akan berkurangan.

Ekonomi akan bertambah baik jika kedua-dua lelaki dan perempuan memberi sumbangan.

Isu Politik:

Jika sesebuah kumpulan (organisasi, komuniti, masyarakat) secara sistematik telah menyisihkan lima puluh peratus daripada populasi daripada menyertai bagi membuat keputusan politik (bagi keputusan yang memberi impak keseluruhan) akan menyebabkan system politik lemah.

Sistem politik akan bertambah baik (lebih kreatif, banyak ruang penyelesaian) jika kedua-dua lelaki dan wanita dimasukkan, dan seterusnya, organisasi atau masyarakat akan bertambah kuat.

Isu Teknologi:

Jika sesebuah kumpulan ( organisasi, komuniti, masyarakat) secara sistematik telah menyisihkan lima puluh peratus daripada populasi dari menyertai teknologi( ciptaan,alatan, modal) akan menyebabkan dimensi teknologi lemah.

Basis teknologi akan bertambah besar (lebih kreatif, lebih ruang penyelesaian) jika wanita dimasukkan, dan seterusnya organisasi, komuniti atau masyarakat akan menjadi lebih kuat.

Isu-isu Hak Asasi Manusia:

Semua orang mempunyai hak untuk menyertai masyarakat sivil tanpa mengira bangsa, budaya, fahaman, kepercayaan agama, jantina, atau latarbelakang sejarah.

Isu-isu Budaya:

Budaya hidup. Untuk hidup , kita harus berubah dengan membesar dan menyesuaikan diri.

Untuk menyimpannya ia perlu dikekalkan. Lihat: Adakan anda mahu mengekalkan budaya anda?

Sesetengah nilai yang terdahulu, seperti perempuan perlu melayan lelaki , tidak boleh mencampuri komuniti, tinggal dirumah, tidak boleh mencampuri hidup komuniti, perlu diubah jika sesebuah organisasi, komuniti atau masyarakat untuk kekal hidup membesar dan berkembang maju.

Siapa yang akan mendapat kebaikan?

Dalam jangka masa pendek, menggalakkan keseimbangan untuk sesebuah kumpulan, seperti wanita, menghasilkan kehilangan kepercayaan, keistemewaan, status, kuasa bagi sesetengah (eg sesetengah lelaki) tetapi, dalam jangka masa panjang, organisasi , komuniti dan masyarakat akan bertambah kuat dan kaya dan semua ahli akan mendapat kebaikannya.

––»«––

Kursus:


Kursus

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 15.11.2011

 Laman Utama

 Jantina