Laman Utama
 PAR/PRA




Translasi:

'العربية / al-ʿarabīyah
বাংলা / Baṅla
Català
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Filipino/Tagalog
Français
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / hindī
Italiano
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Polszczyzna
Português
Română
Telugu
Tiếng Việt

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

MEMPERTAHANKAN CARA

oleh Phil Bartle, PhD

Ditranslasi oleh Karen Wong


Nota Pengurus

Menggalakkan penyertaan oleh komuniti dengan menilaikannya

Andaian dan Pengabaian

Ramai orang mahu melihat pembinaan fizikal sebuah kemudahan komuniti. Antara orang yang ada impak dalam kerja anda ialah ahli politik, wartawan, pengurus projek dan jurutera. Kemudahan mudah dilihat sebagai pencapaian. Ambil masa untuk ahli komuniti menyertai dalam penilaian (bersama dengan latihan, perancangan, pentadbiran, perakaunan, laporan, pemerhatian) tidak mudah dikesan. Bagaimana anda mengesan pembangunan kapasiti?

(Saya pernah bertemu dengan setiausaha yang marah apabila pegawai melawat sebuah negara untuk tiga hari dan tiada majlis penyertaan komuniti yang boleh dilawati.)

Pengurus projek tahu bahawa tidak kira apa objektif ditulis dalam dokumen projek, mereka akan dinilai dengan pembinaan fizikal kemudahan. Bukan semua orang berpendapat bahawa ini adalah penting. Ada yang bersikap terbuka yang diyakinkan bahawa aspek pembangunan kapasiti juga penting.

Anda akan disuruh untuk menerangkan kebaikan mengambil masa untuk penyertaan komuniti. "Adakah kita perlu membina perigi untuk lihatnya diabaikan kerana tiada orang tahu membaikinya?" Anda mungkin bertanya.

Kenapa ambil masa?

Ambil masa untuk penyertaan komuniti (dalam penilaian, memilih projek, pentadbiran, pemerhatian, dan pembangunan kapasiti) membantu ahli masyarakat membina sikap pemilikan kemudahan itu.

Ini menggalakkan tanggungjawab untuk perlindungan (seperti menentang vandalisme dan haiwan ternakan), penyelengaraan dan pembaikian. Ini menjadikan komuniti lebih efektif dengan penggunaan kemudahan dan latihan (seperti prinsip kebersihan dan latihan).

Untuk menggalakkan penerusan kemudahan fizikal, cara penyertaan komuniti walau mengambil masa, adalah lebih efektif dan positif dalam jangka panjang berbanding dengan pembinaan cepat kemudahan itu.

Kenapa kumpul maklumat dua kali?

Aspek lain yang anda harus pertahankan, ialah tujuan info dikumpul semasa membuat peta dan membina stok.

Ada orang akan bertanya kenapa semua itu diperlukan sementara kajian telah dijalankan.

Anda perlu terang penyertaan info kumpulan. Ini adalah untuk menggalakkan tanggungjawab dan penerusan. Maklumat yang dikumpul melalui proses masyarakat, bagaimanapun, boleh membetulkan data yang dikumpul dalam kajian.

Bagaimana anda harus terlibat dalam penggalakkan?

Majlis penting yang membenarkan anda membuat begini ialah sebarang majlis awam berkaitan dengan pembinaan kemudahan. Ini mungkin ialah majlis memberi cek di mana penderma dihargai, majlis meletakkan asas di mana VIP memulakan pembinaan atau perayaan di mana reben digunting dan mengisytiharkan kebukaan kemudahan.

Dalam majlis, anda boleh memberi risalah mementingkan pembinaan projek dan pembangunan kapasiti projek, menulis penyertaan komuniti dalam segala penilaian, memilih aspek yang penting, latihan pentadbiran, memerhati penyelengaraan dan laporan.

Kenyataan yang lebih panjang boleh diberi kepada wartawan (TV, radio, surat khabar, pegawai kerajaan). Kalau ada wartawan yang bertimbang rasa, anda boleh mengupah mereka untuk menulis artikel yang menyatakan cara penyertaan dan kebaikannya melebihi pengambilan masa. Jika anda ada akses kepada wartawan (contohnya, semasa lawatan ke komuniti kecil, menaiki pengangkutan), anda boleh menerangkan cara ini dan kenapa ia ambil masa panjang dengan teperinci.

Untuk menjadi efektif, anda harus memahami cara ini dengan baik dan yakin akan keputusannya. Adalah tidak cukup untuk hanya mempertahankan atau menerangkan cara ini. Kerana banyak andaian dibuat, adalah penting untuk mengambil cara proaktif.

Ketahui apa jenis orang yang pendapatnya penting untuk tujuan anda (termasuk ahli politik, pegawai kerajaan, pemberita dan jurutera). Kesan orang yang berpotensi untuk berubah dari musuh ke kawan. Pasti mereka ada risalah anda. Sebut soalan dan perkenal subjek ini semasa perbualan tidak formal sekiranya ada peluang.

Umumnya, ini ialah formula mudah: penyertaan memperlahankan pembinaan tetapi menggalakkan penerusan.

Anda perlu menerangkan ini dengan lebih spesifik. Tulis pembentangan anda dalam bahasa mudah. Dalam beberapa cara, ini bertentang dengan membantu penyertaan dalam ahli komuniti; anda mengesan matlamat anda, baru membentang mesej anda kepada orang. Ini terpulang kepada anda.

––»«––

Ambil Masa Untuk Dapat Input Komuniti


Ilustrasi 4


© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 18.11.2011

 Laman utama

 Penilaian Penyertaan