Laman Utama
 Mulakan





Penterjemahan:

'العربية / al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
Български език
Català
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Euskara
Ewe
Filipino/Tagalog
Français
Galego
Ελληνικά / Elliniká
Igbo
हिन्दी / hindī
Italiano
日本語 / Nihongo
Kiswahili
한국어 / hangugeo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Português
Română
Русский
>తెలుగు /Telugu
ไทย / Thai
Türkçe
اردو / Urdu

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

MENINGKATKAN KESEDARAN

Tanpa Meningkatkan Harapan

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemahkan oleh Yoon

Nota Latihan

Ambil pendekatan yang proaktif terhadap andaian yang tidak benar

Setelah anda telah membuat persediaan, dan telah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa, tibalah masanya anda menggalakkan komuniti untuk mengambil tindakan.

Mulakan dengan mengadakan mesyuarat umum dengan semua ahli komuniti. Ini akan memulakan fasa dalam kitar 'meningkatkan kesedaran'.

Anda mungkin mendapati hanya segelintir yang menunjukkan minat untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Kemungkinan kaum lelaki akan datang tetapi andaikan kaum wanita tidak datang. Tugas anda ialah memastikan kaum wanita hadir.

Begitu juga dengan golongan lain yang memerlukan galakan: kaum belia, istimewa, etnik minoriti, pemalu, mereka yang menganuti agama minoriti, mereka yang buta huruf, miskin dan yang terpinggir.

Apabila anda mula berbincang tentang masalah komuniti, dan menanya tentang masalah utama mereka, mereka mungkin mengandaikan bahawa kehadiran anda ialah untuk menyelesaikan masalah mereka. Anda perlu menghalang andaian ini dan jelaskan bahawa mereka sendiri perlu menyelesaikan masalah itu; anda hanya boleh membantu dan membimbing mereka, bukannya menyelesaikannya bagi pihak mereka.

Mereka juga mungkin berpendapat bahawa anda akan memberi mereka sumber. Halang andaian itu dengan tegas dan pantas, jelaskan bahawa mereka perlu mengenalpasti dan mendapatkan sumber mereka sendiri, anda hanya membantu dan membimbing sahaja.

Anda akan belajar menggunakan cerita, peribahasa dan analogi untuk menjelaskan maklumat anda. Salah satunya ialah: " Jangan meminta seekor lembu memberi telur; jangan meminta seekor ayam memberi susu."

Kehadiran anda ialah untuk memberi latihan pengurusan dan galakan; kehadiran anda bukanlah untuk memberi wang, paip atau bahan untuk membina bumbung.

Anda tidak dapat menghalang mereka dari membuat andaian. Mereka akan berbuat demikian.

Anda mesti menghalang andaian yang memberi mereka harapan (dalam pemberian sumber) dengan aktif dan terbuka. Jika tidak, kekecewaan yang membinasakan akan dirasai setelah semua bantuan telah anda hulurkan. Mereka akan menyatakan bahawa anda menjanjikan sumber tetapi gagal memberikan kepada mereka.

Oleh itu, jika anda ingin meningkatkan kesedaran,apakah kesedaran yang dimaksudkan?

Ingat bahawa matlamat anda berbeza dengan matlamat komuniti.

Mereka mungkin memerlukan bekalan air, klinik, sekolah atau jalan raya.

Anda pula mahu komuniti menjadi teguh dan berdikari, mengurangkan kemiskinan, meningkatkan keseimbangan jantina dan memperbaiki pentadbiran. Kesedaran yang perlu anda tingkatkan ialah, tidak kira betapa miskin komuniti tersebut, mereka mempunyai potensi untuk menyelesaikan masalah mereka untuk menjadi lebih teguh.

Pemberian maklumat yang tepat sangatlah penting (elakkan daripada memberi harapan palsu).

––»«––

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 21.11.2011

 Laman utama

 Mulakan